Hati yang
lara melahirkan satu doa tulus dari hatiku..
“ Ya Allah,
terlalu banyak dosa yang mengotori hati ini..
Bagaikan
tidak sanggup rasanya untuk terus berada dalam kekotoran yang menyesakkan ini..
Bantulah
aku untuk berjihad di medan peperiksaan dengan hati yang bersih,
Bersih dari
dosa.. andai hati ini tidak lagi mampu untuk dibersihkan,
Aku mohon
kurniakanlah aku hati yang baru… “
Lantas apa
yang Allah beri buatku? Well, surprise!!!
Pagi ini aku berazam untuk tidak tidur seusai
menunaikan solat subuh. Hilang rezeki kata yang berilmu. Alhamdulillah kini aku
mengerti apa yang dimaksudkan dengan rezeki di pagi hari. Rezeki bukan hanya
bermaksud, waktu pagi-pagi kita perlu keluar membanting tulang, bekerja mencari
rezeki.. Yup, maybe that’s one of an example of situation, that we could relate
it with the terms ‘rezeki’. However, it is not only that, it more than that.
More? Seriously?
Yup,
another example is when we can answer test or final examination question
calmly. Ops! Sorry.. That’s one of the most nearer example that I could think
right now. Already close to final exam huh?
Diizinkan
Allah menjalinkan ukhuwah yang baik dan indah.
Dipermudahkan
untuk pergi ke kelas setiap pagi.
Dipermudahkan,
tenang serta fokus ketika waktu pembelajaran di dalam kelas.
Sabar
hadapi apa jua keadaan dan masalah yang kita hadapi.
Bahkan,
disempatkan waktu untuk menghantar assignment juga
sebenarnya
tergolong in terms of ‘rezeki’ . . . believe me.
Reseki
bukan sekadar duit semata bahkan lebih dari itu.
Pagi itu dengan tenang aku membelek Buku Rujukan
English. Harapanku mahu memulakan pembelajaran bahasa yang belum lagi terusik.
Namun, hadiah yang mahu Allah beri terlebih dahulu pagi itu, bukanlah ilmu yang
terhidang depan mata, sebaliknya sebuah mesej dari group Whatsapp kelasku.
“Berikut banjir yang melanda, peperiksaan akhir
akan ditunda pada 8 januari 2015…”
Tiada kata yang terucap, tidak berkedip mataku membaca
mesej tersebut. Marahkah aku? Sedihkah aku? Sungguh, penundaan jadual
peperiksaan atau rombakan semula jadual peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah
untuk seseorang pelajar itu terima. Tiket bas, tiket flight.. semua sudah
dibeli? Bagaimana? Sepi seketika mindaku. Kemudian kelihatan mesej di group
Whatsapp masuk lagi.
“Alhamdulillah lega rasanya final tunda…” kata seorang
rakan sekelasku.
Allahu.. aku tidak patut marah. Marah hanya
menjadikan aku seorang yang mementingkan diri sendiri. Astaghfirullah Al-Azim.
Boleh dikatakan setiap hari, berkali-kali
helikopter lalu .. terbang melalui kawasan hostel sewaku. Fikir kami ahli sebilik,
mungkin helikopter itu mahu menghantarkan makanan kepada mangsa banjir. Aku
mula berfikiran positif, mungkin apa yang terjadi ini punya hikmahnya. Namun
apa pula hikmah buat diriku, secara spesifiknya? Alhamdulillah.
Bukankah aku sendiri yang berdoa, ‘Mahu
menghadapi dan berjihad di medan peperiksaan akhir dengan hati yang bersih dari
dosa’, kan? Alhamdulillah, Allah hadiahkan aku hadiah terindah, yang dinamakan
sebagai ‘masa’ J
Mungkin dengan tertangguhnya jadual peperiksaan, hati ini punya waktu untuk dibersihkan
dengan lebih jernih,seterusnya mudahkan aku menuntut ilmu. Pendek kata, Allah
izinkan aku untuk bertaubat. Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah. Pesan
sahabatku juga membuatkan aku lebih mahu berfikiran positif. Kata seorang
sahabat, “Siapa kita untuk mempersoalkan apa yang Allah dah tetapkan dalam
jalan hidup kita. “ Kita sekadar hamba, yang sepatutnya percaya dan yakin
dengan setiap ketentuanNya. Kan?
Menjelang waktu petang, seperti yang dirancang,
aku dan beberapa orang rakan sebilik keluar mahu menambah bekalan makanan dan
mengeluarkan duit. Kemahuan ayah, mahu bekalan makanan dicari sebaik-baiknya,
itu yang aku turutkan. Alhamdulillah, bukan sekadar bekalan makanan ku
bertambah, ketenangan hati dan rasa syukur juga Allah cambahkan dalam hati ini.
Subhanallah. Melihatkan kehijauan pepohon yang tumbuh subur di sekitar kawasan universiti kami.. redup langit serta hujan renyai-renyai.. Tenang dan nyaman aku rasakan.
Only that? Nope. Allah refresh pula memori
Tarbiyyah ku. J Waktu
kami bersiap-siap mahu keluar, aku hanya mengenakan t-shirt sekolahku yang
longgar serta seluar track. Sehelai shawl hitam turut dipakaiku. Sekali aku
lihat diriku di cermin, sedikit pun tidak seperti seorang gadis yang cantik dan
kurus. Sebaliknya, Nampak berisi, seperti orang gemuk. Dengan stoking hitamnya
lagi. Namun, hatiku masih mengukir senyuman, sekurang-kurangnya aku masih dapat
mengurangkan beban ayah dan ibu tersayang. Menutup aurat bukan untuk dipandang
manusia, tidak perlu dikisahkan pandangan manusia, sama ada cantik atau tidak,
pada pandangan mereka. Aku yakinkan lagi diriku, ‘Pandangan manusia tidak akan
membantu aku sedikit pun di padang masyhar kelak..’
Biarlah apa pun pandangan manusia, asalkan aku
rasa selamat dan terjaga dengan pakaian yang tersarung dibadanku. Longgar dan
menutup aurat. Kata satu status di facebook, ‘Comel apa perempuan pakai
stoking, tak ubah macam baby’. J
InshaAllah, moga hari yang berlalu, diisi Sang
Pencipta dengan hikmah dan Tarbiyyah indah darinya. - SYIFAA’ -