Tika ini aku diuji. Apabila _plan_ yang telah dirancang cantik terganggu dengan pelbagai ujian, membuatkan aku serta merta hilang arah.
"Aduh.. Macam mana ni.."
"Masa kian suntuk.."
"Masa yang diperuntukkan untuk membuat persediaan sebaik mungkin sepertinya telah terganggu kerana masalah kesihatan aku sendiri.."
"Masalah keluarga pula... Aduhh"
Rungutan aku semakin bertambah. Sedih dan serabut mengenangkan masalah keluarga, saat wajah ibu dan ayah ku renung, aku cukup mengerti apa yang mereka rasa. Namun, ayah tetap gagah bangun setiap hari, untuk melaksanakan tanggungjawab buat negara, serta mencari rezeki yang halal buat kami sekeluarga. Ibu juga begitu. Hal-hal rumah tetap dilakukan seperti hari-hari biasa. Masalah keluarga? Mereka tolak tepi dahulu, kerna ada tanggungjawab lain yang perlu dikerjakan. Adakah mereka tidak mahu menyelesaikan masalah yang kian menggunung? Semestinya tidak.. Aku dan angah sendiri tidak menemukan jalan keluar, bagaimana pula ayah dan ibu mahu mengatasi hal ini? Entahlah.
Masalah aku sendiri tidak mampu aku selesaikan, dengan plan kehidupan yang sudah tidak kelihatan jalannya.
"Kita merancang. Allah juga merancang. Namun, sayang rancangan Allah lebih cantik dan sempurna."
Semestinya aku tahu hal ini. Berkali-kali aku bisikkan pada diri. Supaya dihentikan segala rungutan kehidupan.
Pagi ini, aku mencuri dengar perbualan ibu di telefon, dengan mak sedara aku di Melaka. Setiap tutur kata ibu atur kemas, mengolah dan menjelaskan apa yang terjadi, serta berbincang bagaimana mahu menyelesaikan masalah. Bijak. Ternyata ibu bijak.
Ibu lari dari masalah? Tidak.
Ibu buat sambil lewa terhadap hal-hal rumah kerana masalah keluarga? Tidak.
Ibu berfikiran positif? Ya.
Ibu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? Ya.
Ibu mampu senyum dan bergurau senda? Ya.
Ibu hadapi masalah dengan tenang? Ya.
So what I do right now? Lying on the bed. Keep on set a new alarm b'c I dont want to wake up and face all the problem.
From what I can see, maybe Allah want to teach me, to face all this matter or any problems with a clear mind and heart, be calm.
InshaAllah I can do this. Thank you Allah. I still afraid to take a step forward, but I know You'll never leave me. Please, stay with me. I love you Allah.