Tuesday, 7 November 2017

Monolog

Entah mengapa, ujian Allah dirasakan bagai bertubi-tubi hadir. Rasa bagai mahu demam semula dibuatnya. Namun Alhamdulillah, aku dikelilingi aura positif, kerna Allah hadirkan insan-insan yang positif... merekalah yang tidak jemu memberikan kata semangat,

"Yakin sikit.."
"Awak boleh sebenarnya.."

Sedikit sebanyak aku mampu tersenyum meski hati aku masih resah. Ternyata, kuasa sebuah senyuman mampu mengalirkan cas-cas positif dalam diri. Perlahan-lahan aku menarik nafas menenangkan diri. Jika bukan aku, siapa lagi yang boleh menenangkan diriku? Selain Allah, hanya aku yang faham apa yang aku alami dan rasai.

Dengan lafaz Bismillah aku melangkah ke hadapan. Aku penat mahu risau dan risau, dan aku tahu Allah menguji hambaNya dengan apa yang hambaNya risaukan.

Doaku, moga aku terus teguh melangkah, dan mara ke hadapan. InshaAllah. Aamiin.

Sunday, 5 November 2017

Step forward.

Tika ini aku diuji. Apabila _plan_ yang telah dirancang cantik terganggu dengan pelbagai ujian, membuatkan aku serta merta hilang arah.

"Aduh.. Macam mana ni.."
"Masa kian suntuk.."
"Masa yang diperuntukkan untuk membuat persediaan sebaik mungkin sepertinya telah terganggu kerana masalah kesihatan aku sendiri.."
"Masalah keluarga pula... Aduhh"

Rungutan aku semakin bertambah. Sedih dan serabut mengenangkan masalah keluarga, saat wajah ibu dan ayah ku renung, aku cukup mengerti apa yang mereka rasa. Namun, ayah tetap gagah bangun setiap hari, untuk melaksanakan tanggungjawab buat negara, serta mencari rezeki yang halal buat kami sekeluarga. Ibu juga begitu. Hal-hal rumah tetap dilakukan seperti hari-hari biasa. Masalah keluarga? Mereka tolak tepi dahulu, kerna ada tanggungjawab lain yang perlu dikerjakan. Adakah mereka tidak mahu menyelesaikan masalah yang kian menggunung? Semestinya tidak.. Aku dan angah sendiri tidak menemukan jalan keluar, bagaimana pula ayah dan ibu mahu mengatasi hal ini? Entahlah.

Masalah aku sendiri tidak mampu aku selesaikan, dengan plan kehidupan yang sudah tidak kelihatan jalannya.

"Kita merancang. Allah juga merancang. Namun, sayang rancangan Allah lebih cantik dan sempurna."

Semestinya aku tahu hal ini. Berkali-kali aku bisikkan pada diri. Supaya dihentikan segala rungutan kehidupan.

Pagi ini, aku mencuri dengar perbualan ibu di telefon, dengan mak sedara aku di Melaka. Setiap tutur kata ibu atur kemas, mengolah dan menjelaskan apa yang terjadi, serta berbincang bagaimana mahu menyelesaikan masalah. Bijak. Ternyata ibu bijak.

Ibu lari dari masalah? Tidak.
Ibu buat sambil lewa terhadap hal-hal rumah kerana masalah keluarga? Tidak.

Ibu berfikiran positif? Ya.
Ibu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? Ya.
Ibu mampu senyum dan bergurau senda? Ya.
Ibu hadapi masalah dengan tenang? Ya.

So what I do right now? Lying on the bed. Keep on set a new alarm b'c I dont want to wake up and face all the problem.

From what I can see, maybe Allah want to teach me, to face all this matter or any problems with a clear mind and heart, be calm.

InshaAllah I can do this. Thank you Allah. I still afraid to take a step forward, but I know You'll never leave me. Please, stay with me. I love you Allah.

Monday, 23 October 2017

Its only a dream.

Sepertinya keluargaku bertandang ke rumahnya, atas urusan apa aku tidak pasti, sambutan hari raya mungkin. Apa yang pasti kami sekeluarga ke rumahnya. Dia memakai topeng muka, mulai dari hidung hingga ke dagu, tapi aku pasti itu dia, matanya cukup aku kenali. Kami sudah sekian lama tidak bertegur sapa, bahkan melalui whatsapps juga tidak seberapa kerap. Biasalah lelaki, hiburnya hilang dicari hiburan lain. Silapku sendiri dalam menyulam perselahabatan, diam-diam cinta ku sulam sekali. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Usah risau, sudah lama aku move on.

Aku hanya memandangnya dari jauh. Dia sangat mesra dengan ahli keluarganya. Tika itu, seorang anak kecil menghulurkan aku sesuatu. Kotak hadiah sederhana kecil, luarnya berwarna merah, tanpa berpenutup kotaknya dihulurkan kepadaku.

Terdapat sehelai kertas, "Happy Birthday Sayangku" ditampal tengah-tengah dalam kotak, dan di sekelilingnya tertampal kad-kad kecil serta coklat, juga di bahagian dalam kotak itu. Jika mahu diikutkan hati, mahu saja aku melompat gembira. Namun, aku juga serik mahu sayang pada dia lagi. Setelah hampir sekian lama tidak bertegur sapa, dia memanggilku "Sayang"?? Aneh.

Namun tidak aku nafikan, rasa rindu mulai terbit kembali. 'Ahh mudah sungguh wujudnya rasa itu, apa kau sudah lupa selama ini kau dilayan seperti tidak penting? Ingat kau hanya bertepuk sebelah tangan, manakan mungkin kali ini dia menghulurkan tangannya pula,'.

Aku baca pula kad-kad kecil yang terhias, ucapan dari rakan sekelas universiti aku rupanya. Lantas mataku tertancap pada sesuatu. Di hujung kertas putih tang tertulis, "Happy Birthday Sayangku" tertulis tarikh hari ini, iaitu 21/9/2017. Aku tersenyum sendiri.

"Sejak bila pula setiap bulan aku sambut hari lahir. Indeed this is dreams right? My birthday is 21 Jan. Ahaha. However, this dream, remind me of him but its okay. Missing is a part of moving on."

The end. Dah nak pi mandi. Rajin pula update blog pagi-pagi, hanya sebab nak catat mimpi ni. Sebab mimpi ni istimewa pada aku, mungkin hanya dalam mimpi aku boleh lihat senyuman dia, mata dia. In reality, Im no one in his life, and I think I dont want to be anyone. Let us be like this, just like a strangerssss. Hiks.

Sunday, 22 October 2017

Him and him

Rasanya seperti telah sekian lama aku tidak update blog. Semalam, jiran lama aku datang menziarah di rumah. Boleh dikatakan antara jiran yang rapat jugalah, dan salah seorang anaknya sebaya aku, one of my old friend. His family used to call him Ayin, cute name isnt? Haha. Actually I want to write in Malay but I dont know why English juga jadinya. I know my English are not so good, but I’ll try my best. From what I can recalled, my family and my ex-jiran do have a lot of memories together. Our family pernah pergi berkelah sama-sama. Tukar-tukar lauk waktu bulan Ramadhan. Ayin and I satu kelas waktu sekolah rendah dulu. Well, all of them already became one of my sweet memories... and of course I didnt call him Ayin okay, itu nama panggilan manja family dia, tapi sengaja guna that name in my writing sebab nama tu comel sangatlah. Hahahaha.

His mom, cik Ani, semalam asyik story about Ayin je. Haha. I think he must already become a good man sebab tok dia semalam story ada wonderful girl datang rumah dia. Well, he might be very special sampai that girl sendiri datang ke rumah. Maybe. J However, his mom and sister, asyik keneng2kan aku dengan dia semalam, hahaha. Aku hanya boleh tersenyum dalam hati, bukan kerana hati berbunga bila mak dia sendiri usha2 aku tapi aku sedar letak duduknya aku. Sedangkan a nice and beautiful girl came to his house, but he still doesnt want her, apatah lagi aku. Plus, aku dah lama tak terfikir soal nak mencari jodoh walaupun terasa juga sunyinya bila tidak berteman. Of course, I know his mom suka bergurau begitu, so I dont mind. Dalam pada bergurau, maknya ada juga beritahu sebab mengapa Ayin masih belum bersedia, dengan status sebagai seorang pelajar, yuran belajar masih ditanggung keluarga, masakan mahu menanggung anak dara orang lain. Indeed, I do agree with him. Diri sendiri pun tidak tertanggung lagi, even I as a woman masih tertunggang-tungging nak jaga solat, jaga diri sendiri, rasanya masih belum sesuai untuk menjaga orang lain. Well, I’m proud to have him as my old friend.

Seusai zohor tadi, aku capai Al-Quran dan lantas membaca surah Al-Kahfi sepuluh ayat terawal dan sepuluh ayat terakhir. Di sepuluh ayat terakhir, aku terpegun saat membaca tafsiran ayat yang ke 107 dan 108. Aku tersenyum sendiri.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal”. [Surah Al-Kahfi ayat 107]

“mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.” [Surah Al-Kahfi ayat 108]

Aku seorang yang selalu lalai. Kadangkala aku membiarkan Al-Quran diam di situ tanpa sedikit pun menyentuhnya. Kemudian, bila Allah hadirkan rasa dan hidayah, aku kembali memeluk Al-Quran yang tidak ku hiraukan itu seerat mungkin. Semestinya aku rindukan kitab itu, kalamnyalah yang selalu mengubati jiwaku. Namun, tidak mustahil di kemudian hari aku bakal jauh lagi dengannya, meskipun bukan itu kehendak aku.

Aku mungkin bukan insan yang baik. Kekurangan juga terlalu banyak, tetapi aku juga menyimpan harapan untuk mendapat suami yang baik.. yang boleh bercerita kepadaku setiap malam sebelum tidur tentang cerita-cerita di sebalik kalam Al-Quran, soal bila dan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. menerima perintahNya, juga kisah-kisah sahabat terdahulu. Aku mahu saat-saat kami terisi mengingati dan refresh tentang perkara-perkara seperti ini. Seseorang yang mampu bercerita dengan penuh rasa rendah diri dan kagum tentang Allah dan RasulNya kepada aku, seorang insan yang mudah lupa.


Well, everyone have their own impian, as time goes on, I think this is one of my dreams. However, for the time being, let me know Him closer first. Let me know how He loves me, how He take care of me since I come to this world.. Till then, I hope.. he, someone.. somewhere.. juga sedang mengenali Dia dengan lebih dekat. 

Friday, 16 June 2017

Biar dia jauh, asalkan bukan Dia.

Seringkali, yang kita lihat hanyalah dia yang di hadapan. Sehinggakan kita bersungguh.. Malahan sedaya upaya dicuba segala cara, untuk mendapatkan perhatian dia. Namun hasilnya? Tiada apa-apa. Kasih yang diingini, tetap jua di situ, jauh di hadapan, tidak sedikitpun menghampiri.

Berkali-kali berkeluh. Mengapa begini hasilnya? Tiada kekuatan lagi. Lemah. Perlahan-lahan kepala didongakkan ke langit. Allah... Ya, waktu itu.. Saat itu.. NamaNya kau sebut-sebut... Sumber kekuatan yang tiada tara itu, kau lupa ketika mahu mengejar apa yang di hadapan.

Perlahan-lahan, kau toleh ke sekeliling... Allahurabbi.. Ya, punyalah ramai insan yang masih kekal menyayangi, dan setia di sisi, tetapi kau sedikit pun tidak menyedari, kerana terlalu asyik mengejar entah sesiapa di hadapan itu.

Moga kita mensyukuri nikmatnya. Moga dihargai insan yang kekal di sisi. Moga sentiasa mengharapkan kekuatan dariNya. Tidak salah apa yang cuba kau kejarkan, tetapi jangan lupa, segala yang ada di antara langit dan bumi ini, adalah milikNya. Mohonlah padaNya. InshaAllah, moga diberikan kepada kita apa yang terbaik dari sisi pandanganNya. <3 Allah Maha Mengetahui sayang. Sabar.

:: Allah Ada, Dia Maha Mendengar <3 ::

Monday, 5 June 2017

Voices.

"Seperti buang masa, mengangankan sesuatu yang belum pasti kita dapat."

'Habis tu, pernah ke dengar, orang angankan sesuatu yang telah mereka ada?'

Seolah-olah dihadirkan ingatan ini. Supaya aku ingat, usah berputus asa, mengharapkan sesuatu dari Dia. InshaAllah. <3 Cuma, dia sepertinya bukan untuk aku.. dan aku dah tak nak harapkan apa-apa. I wait for all these feeling untuk hilang but it still there. I dont know what to do...

Wednesday, 24 May 2017

Mimpi.

Aku sendiri tidak pasti, bagaimana aku berada di tempat ini. Aku bercuti kah di sini? Mustahil, ini kawasan yang mempunyai posibility yang tinggi untuk di bom. Adakah aku di syria? Palestin? Entah. Aku tidak pasti.

Berhampiran aku, ada kedai menjual tudung dan shawl, aku menapak menghampiri bersama ahli keluarga. Sewaktu aku sedang mencuba-cuba shawl yang ada, ada seorang lelaki yang samar-samar wajahnya ralik memerhati aku. Seusai aku mengenakan shawl, kelihatan cincin tersarung di jari. Kelihatan semua orang disekeliling gembira, dan aku berada dalam keadaan confuse. Mereka kata aku telah bertunang, dengan siapa?

Ibu kata, "Kesian dia, jauh nak berjalan masuk ke kwsn tempat tinggal."

'Kenapa pula ibu?'

"Sebab ada satu benteng tinggi yang memisahkan kawasan dan sekolah dia, dengan tempat tinggal dia. Dan satu-satunya pintu keluar masuk adalah di hujung benteng sana."

'Oohh sebab tu, dia kena pusing jauh ya ibu..' Aku mengangguk faham.

Dan aku akan pulang ke Malaysia. Tunang aku jauh di sini. Possible kah perhubungan ini? Perhubungan yang penuh dengan rasa tawakal. Bila-bila sahaja kawasannya mungkin diserang, dibom, dan ... berbeza sekali dengan bumi Malaysia aku, yang masih aman dan makmur.

Aku tersedar dari lena yang panjang. Aku mimpi. Ya, aku mimpi. Namun, perasaan syahdu dan sedih ini seolah-olah bukan mimpi. Astaghfirullah al-azim. Tenang-tenangkanlah jiwa ini.