Saturday, 26 July 2014

Nostalgia yang dirindui

Satu persatu aku teliti, sehinggalah pandanganku tertancap pada sesuatu yang tidak asing lagi sewaktu aku masih di sekolah dahulu. Saling memberinya bagaikan kewajipan bagi kami. Sungguh, itulah nostalgia yang amat dirindui.

Memandangkan kasut si adik masih belum dibeli, ibu buat keputusan untuk membeli-belah untuk kali yang terakhir pada hari ini. Tujuan hari ini hanya untuk membeli kasut raya adik dengan kemahuan si ayah yang ingin membeli lampu kelip-kelip. Ala.. lampu kelip-kelip raya tu.. Namun, sebaik sahaja tiba di destinasi, masing-masing lupa dengan tujuan asal. [Biasalah tu..( -_- )]

Satu persatu kami teliti di pasaraya. Tiada satu pun yang terlepas dari pandangan. Tangan aku dan adik pula ringan saja nak mencapai apa sahaja yang disukai dan yakin ayah mengizinkan kami membelinya. Sehinggalah pandanganku tertancap pada sesuatu yang mulai mengingatkan aku pada memori sewaktu sekolah dahulu. Kad raya. Aku hanya tersenyum sendiri apabila melihat design kad raya yang diberi oleh rakan-rakanku beberapa tahun dahulu masih wujud. Geli hati. [Nampak sangat jual stok tahun lalu punya kad raya tahun lalu... ke saja ambil design lama?] Namun, kad raya design seperti itulah yang membuatkan aku tersenyum sendiri. Kenangan!

‘Nak belilah!’ Kalau diikutkan aku sendiri tidak tahu mahu berikan kad raya pada siapa. Puas juga dibebel ibu tentang tujuan aku membeli kad raya, walaupun harganya tidaklah mahal mana. Manakan tidak si ibu membebel, katanya musim whatsapps, facebook, weechat, twitter.. mana ada lagi yang mahu ucap hari raya di atas sekeping kad raya. Setibanya di rumah, satu-persatu kad raya tidak bertulis itu ku belek. Allahu.. rindunya musim beri kad raya zaman sekolah dahulu.

Jika dibandingkan dengan sekolah menengah, rasanya sekolah rendah lagi meriah dengan kad raya. Al-maklumlah, di sekolah menengah, kad raya sudah ditukar dengan flyers. Cari untung meh!
Aku juga masih menyimpan semua kad raya yang pernah aku dapat dahulu.Dengan tulisannya.. ucapannya.. semua kebudak-budakan yang teramat. Manalah masing-masing kisah sangat isi kad raya, asalkan bagi sudah. Sampaikan ada satu kad raya yang aku dapat, si pemberi hanya salin semula ayat yang seakan-akan sama dengan ayat hiasan yang ada pada kad raya. Parah...! [Tekanan,kan? Mungkin tiada idea agaknya..Bersyukur, ada juga orang nak bagi,kan?]

Sungguh, meski saat itu kebudak-budakan, bersama kad raya yang ditulis cakar ayam, itulah saat yang amat aku rindui tika ini. Ada ketikanya, bila bersendirian, kad-kad raya yang dahulu aku baca dan kemas semula. Senyum dan ketawa seolah-olah bagaikan semalam kad raya itu diberi oleh sahabat-sahabatku. Rindu!

Benar kata ibu, zaman Weechat Whatsapps bagai ini, lebih mudah untuk masing-masing mengucapkan hari raya, tapi bagi aku, kad raya itu sendiri have its own special touch. Oh My English! Kad raya ditulis tangan, boleh disimpan. Selagi tiada keinginan nak buang, selagi itulah akan disimpan. Mesej di Whatsapps,Weechat, Facebook??? Mungkin kita tak delete, tapi jenuh jugakan jari nak scroll semula ucapan raya tu? Kalau lebih bijak, mungkin ada yang akan screenshot each of ucapan yang diterima, but suddenly handphone ada virus atau mengalami masalah, then semua hilang. Akhirnya, kenangan hilang begitu sahaja.

Alhamdulillah, teknologi yang semakin maju sememangnya membantu, tetapi kadangkala hati tetap rindu dengan cara lama. Beli kad raya, tulis, stay up sambil fikir ayat yang sesuai. Kalau rajin, siap tulis pantun lagi. Selagi belum cukup berbelas kad raya selagi itulah duit sibuk dilaburkan untuk beli kad raya. Kawankan ramai, so nak make sure semua orang tidak terkecuali daripada senarai rakan yang akan dapat kad raya. Macam-macam kerenah ada,kan? (>_^)


Walau apa pun, semakin masa berlalu, umur meningkat, moga kita faham sebaiknya, erti ucapan raya dan maaf yang tidak putus-putus kita lafazkan sewaktu menjelangnya raya nanti. Selain itu, beringat juga berkenaan adab-adab raya yang sering diketengahkan sewaktu menyambut raya. Antaranya tidak berlebih-lebihan dan menjaga batas pergaulan sebaiknya. InshaAllah, moga setiap saat bermakna. (^_^)

Monday, 21 July 2014

Melalui tangisan hati meluah rasa

Bagaikan anak kecil yang tidak mampu berkata-kata, hanya melalui tangisan mereka berbicara. Ada ketikanya, begitu jugalah aku. Memohon dan meminta pada Yang Esa. Allahu..

Sudah sekian lama aku tidak menitiskan air mata ini. Entah mengapa malam ini aku menangis semahu-mahunya. Mengadu nasib yang amat memeritkan padaNya. Satu persatu aku luahkan.
Tanpa bicara. Tanpa suara. Hanya bisikan melalui hati yang sakit dan pedih menanggung duka. 
Allahu... peritnya.

Bagaikan dapat dirasai, Dia benar-benar sedang mendengar, setiap luah hatiku. 
Meski tidak terlihat, Dia dapat aku rasai setia mendengar di sisi. Subhanallah. MashaAllah.

Ya Allah. Setelah malam ini berlalu, aku berharap lagi mahu menemuiMu di malam yang seterusnya. Mahu mengadu dan meluahkan segalanya semahuku. Aku berharap rasa ini, rasa untuk sentiasa bersamaMu ini kekal, sentiasa mengisi ruang hatiku yang kesunyian.

Ya Allah, adakah aku juga diberi kesempatan untuk merasai cinta tulus dari seseorang? Yang mana dengan izinMu, bahunya boleh dipinjam untuk aku melepaskan lelah dan tangisku. Allahu, aku tak pinta seseorang yang sempurna, aku hanya pinta seseorang yang bisa menyempurnakanku.

Ya Allah, jika difikirkan semula, mungkin benar juga kata yang lain, adalah lebih wajar, sedih tangisku, doa dan pintaku, diberi kepada saudara-saudara seislamku, yang setiap saat diseksa yahudi laknatullah. Tidak kira masa dan tempat, mereka di bom sana sini. Allahuakhbar.. benar-benarlah kata mereka.

Tapi Ya Allah.. aku masih berdoa kepadaMu agar aku dikurniakan seorang teman, bukan sahaja agar dia bisa menemaniku. Tetapi agar dia bisa sentiasa mengingatkanku.. untuk berdoa buat saudara seislamku yang lain. 

Ya Allah, aku lemah tanpa ada seseorang yang menemani, aku lemah tanpa ada yang memberi galakan. Aku benar-benar berharap, dimakbulkan doaku untuk dihadirkan seseorang yang juga sentiasa menasihatiku, mengingatkan kembali hati dan imanku, setiap bicara dan peringatan dariMu dan RasulMu, Rasulullah s.a.w.

Ya Allah, ampunkan aku andai Ramadhan kali ini, aku masih tidak memanfaatkannya setiap saat dengan lebih baik. Aku selalu sahaja lalai dan tidur, dan hanya terjaga apabila tibanya penghujung bulan yang penuh barakah ini. Aku selalu sahaja lambat tersedar dari lamunan mimpi dunia di saat-saat akhir. Memohon ampun di saat-saat akhir. Mencari kekuatan dan kefahaman juga di saat-saat akhir. Allahu.. Ampunkanlah aku. Tetapkanlah pendirianku.

Ya Allah, sekali lagi aku mohon, makbulkanlah doaku. Hadirkanlah seorang insan yang bisa membuatkan aku terjaga dari lena yang panjang. Tidaklah aku berdoa seperti ini kerana nafsu dan kesunyian, melainkan aku benar-benar memerlukan seseorang, yang bisa mengingatkan aku tentangMu setiap kali aku terlupa. Ya Allah, hadirkanlah Ya Allah.

Ya Allah, moga di saat aku menanti dengan penuh berharap, kuatkanlah pengharapan dan  cintaku terhadapMu. Tiada yang lebih indah dari itu. Tiada cinta yang lebih agung dari cintaMu.

Ya Allah, di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 99 kali rindu buat setiap keindahan namaMu . Aamiin Ya Rabb ...