Friday, 16 June 2017

Biar dia jauh, asalkan bukan Dia.

Seringkali, yang kita lihat hanyalah dia yang di hadapan. Sehinggakan kita bersungguh.. Malahan sedaya upaya dicuba segala cara, untuk mendapatkan perhatian dia. Namun hasilnya? Tiada apa-apa. Kasih yang diingini, tetap jua di situ, jauh di hadapan, tidak sedikitpun menghampiri.

Berkali-kali berkeluh. Mengapa begini hasilnya? Tiada kekuatan lagi. Lemah. Perlahan-lahan kepala didongakkan ke langit. Allah... Ya, waktu itu.. Saat itu.. NamaNya kau sebut-sebut... Sumber kekuatan yang tiada tara itu, kau lupa ketika mahu mengejar apa yang di hadapan.

Perlahan-lahan, kau toleh ke sekeliling... Allahurabbi.. Ya, punyalah ramai insan yang masih kekal menyayangi, dan setia di sisi, tetapi kau sedikit pun tidak menyedari, kerana terlalu asyik mengejar entah sesiapa di hadapan itu.

Moga kita mensyukuri nikmatnya. Moga dihargai insan yang kekal di sisi. Moga sentiasa mengharapkan kekuatan dariNya. Tidak salah apa yang cuba kau kejarkan, tetapi jangan lupa, segala yang ada di antara langit dan bumi ini, adalah milikNya. Mohonlah padaNya. InshaAllah, moga diberikan kepada kita apa yang terbaik dari sisi pandanganNya. <3 Allah Maha Mengetahui sayang. Sabar.

:: Allah Ada, Dia Maha Mendengar <3 ::

Monday, 5 June 2017

Voices.

"Seperti buang masa, mengangankan sesuatu yang belum pasti kita dapat."

'Habis tu, pernah ke dengar, orang angankan sesuatu yang telah mereka ada?'

Seolah-olah dihadirkan ingatan ini. Supaya aku ingat, usah berputus asa, mengharapkan sesuatu dari Dia. InshaAllah. <3 Cuma, dia sepertinya bukan untuk aku.. dan aku dah tak nak harapkan apa-apa. I wait for all these feeling untuk hilang but it still there. I dont know what to do...