Sepertinya keluargaku bertandang ke rumahnya, atas urusan apa aku tidak pasti, sambutan hari raya mungkin. Apa yang pasti kami sekeluarga ke rumahnya. Dia memakai topeng muka, mulai dari hidung hingga ke dagu, tapi aku pasti itu dia, matanya cukup aku kenali. Kami sudah sekian lama tidak bertegur sapa, bahkan melalui whatsapps juga tidak seberapa kerap. Biasalah lelaki, hiburnya hilang dicari hiburan lain. Silapku sendiri dalam menyulam perselahabatan, diam-diam cinta ku sulam sekali. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Usah risau, sudah lama aku move on.
Aku hanya memandangnya dari jauh. Dia sangat mesra dengan ahli keluarganya. Tika itu, seorang anak kecil menghulurkan aku sesuatu. Kotak hadiah sederhana kecil, luarnya berwarna merah, tanpa berpenutup kotaknya dihulurkan kepadaku.
Terdapat sehelai kertas, "Happy Birthday Sayangku" ditampal tengah-tengah dalam kotak, dan di sekelilingnya tertampal kad-kad kecil serta coklat, juga di bahagian dalam kotak itu. Jika mahu diikutkan hati, mahu saja aku melompat gembira. Namun, aku juga serik mahu sayang pada dia lagi. Setelah hampir sekian lama tidak bertegur sapa, dia memanggilku "Sayang"?? Aneh.
Namun tidak aku nafikan, rasa rindu mulai terbit kembali. 'Ahh mudah sungguh wujudnya rasa itu, apa kau sudah lupa selama ini kau dilayan seperti tidak penting? Ingat kau hanya bertepuk sebelah tangan, manakan mungkin kali ini dia menghulurkan tangannya pula,'.
Aku baca pula kad-kad kecil yang terhias, ucapan dari rakan sekelas universiti aku rupanya. Lantas mataku tertancap pada sesuatu. Di hujung kertas putih tang tertulis, "Happy Birthday Sayangku" tertulis tarikh hari ini, iaitu 21/9/2017. Aku tersenyum sendiri.
"Sejak bila pula setiap bulan aku sambut hari lahir. Indeed this is dreams right? My birthday is 21 Jan. Ahaha. However, this dream, remind me of him but its okay. Missing is a part of moving on."
The end. Dah nak pi mandi. Rajin pula update blog pagi-pagi, hanya sebab nak catat mimpi ni. Sebab mimpi ni istimewa pada aku, mungkin hanya dalam mimpi aku boleh lihat senyuman dia, mata dia. In reality, Im no one in his life, and I think I dont want to be anyone. Let us be like this, just like a strangerssss. Hiks.