Saturday, 27 December 2014

Refresh Memori Tarbiyyah Anda

Hati yang lara melahirkan satu doa tulus dari hatiku..
“ Ya Allah, terlalu banyak dosa yang mengotori hati ini..
Bagaikan tidak sanggup rasanya untuk terus berada dalam kekotoran yang menyesakkan ini..
Bantulah aku untuk berjihad di medan peperiksaan dengan hati yang bersih,
Bersih dari dosa.. andai hati ini tidak lagi mampu untuk dibersihkan,
Aku mohon kurniakanlah aku hati yang baru… “

Lantas apa yang Allah beri buatku? Well, surprise!!!

Pagi ini aku berazam untuk tidak tidur seusai menunaikan solat subuh. Hilang rezeki kata yang berilmu. Alhamdulillah kini aku mengerti apa yang dimaksudkan dengan rezeki di pagi hari. Rezeki bukan hanya bermaksud, waktu pagi-pagi kita perlu keluar membanting tulang, bekerja mencari rezeki.. Yup, maybe that’s one of an example of situation, that we could relate it with the terms ‘rezeki’. However, it is not only that, it more than that. More? Seriously?

Yup, another example is when we can answer test or final examination question calmly. Ops! Sorry.. That’s one of the most nearer example that I could think right now. Already close to final exam huh?

Diizinkan Allah menjalinkan ukhuwah yang baik dan indah.
Dipermudahkan untuk pergi ke kelas setiap pagi.
Dipermudahkan, tenang serta fokus ketika waktu pembelajaran di dalam kelas.
Sabar hadapi apa jua keadaan dan masalah yang kita hadapi.
Bahkan, disempatkan waktu untuk menghantar assignment juga
sebenarnya tergolong in terms of ‘rezeki’ . . . believe me.
Reseki bukan sekadar duit semata bahkan lebih dari itu.

Pagi itu dengan tenang aku membelek Buku Rujukan English. Harapanku mahu memulakan pembelajaran bahasa yang belum lagi terusik. Namun, hadiah yang mahu Allah beri terlebih dahulu pagi itu, bukanlah ilmu yang terhidang depan mata, sebaliknya sebuah mesej dari group Whatsapp kelasku.

“Berikut banjir yang melanda, peperiksaan akhir akan ditunda pada 8 januari 2015…”

Tiada kata yang terucap, tidak berkedip mataku membaca mesej tersebut. Marahkah aku? Sedihkah aku? Sungguh, penundaan jadual peperiksaan atau rombakan semula jadual peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang pelajar itu terima. Tiket bas, tiket flight.. semua sudah dibeli? Bagaimana? Sepi seketika mindaku. Kemudian kelihatan mesej di group Whatsapp masuk lagi.

“Alhamdulillah lega rasanya final tunda…” kata seorang rakan sekelasku.

Allahu.. aku tidak patut marah. Marah hanya menjadikan aku seorang yang mementingkan diri sendiri. Astaghfirullah Al-Azim.

Boleh dikatakan setiap hari, berkali-kali helikopter lalu .. terbang melalui kawasan hostel sewaku. Fikir kami ahli sebilik, mungkin helikopter itu mahu menghantarkan makanan kepada mangsa banjir. Aku mula berfikiran positif, mungkin apa yang terjadi ini punya hikmahnya. Namun apa pula hikmah buat diriku, secara spesifiknya? Alhamdulillah.

Bukankah aku sendiri yang berdoa, ‘Mahu menghadapi dan berjihad di medan peperiksaan akhir dengan hati yang bersih dari dosa’, kan? Alhamdulillah, Allah hadiahkan aku hadiah terindah, yang dinamakan sebagai ‘masa’ J Mungkin dengan tertangguhnya jadual peperiksaan, hati ini punya waktu untuk dibersihkan dengan lebih jernih,seterusnya mudahkan aku menuntut ilmu. Pendek kata, Allah izinkan aku untuk bertaubat. Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah. Pesan sahabatku juga membuatkan aku lebih mahu berfikiran positif. Kata seorang sahabat, “Siapa kita untuk mempersoalkan apa yang Allah dah tetapkan dalam jalan hidup kita. “ Kita sekadar hamba, yang sepatutnya percaya dan yakin dengan setiap ketentuanNya. Kan?

Menjelang waktu petang, seperti yang dirancang, aku dan beberapa orang rakan sebilik keluar mahu menambah bekalan makanan dan mengeluarkan duit. Kemahuan ayah, mahu bekalan makanan dicari sebaik-baiknya, itu yang aku turutkan. Alhamdulillah, bukan sekadar bekalan makanan ku bertambah, ketenangan hati dan rasa syukur juga Allah cambahkan dalam hati ini. Subhanallah. Melihatkan kehijauan pepohon yang tumbuh subur di sekitar kawasan universiti kami.. redup langit serta hujan renyai-renyai.. Tenang dan nyaman aku rasakan.

Only that? Nope. Allah refresh pula memori Tarbiyyah ku. J Waktu kami bersiap-siap mahu keluar, aku hanya mengenakan t-shirt sekolahku yang longgar serta seluar track. Sehelai shawl hitam turut dipakaiku. Sekali aku lihat diriku di cermin, sedikit pun tidak seperti seorang gadis yang cantik dan kurus. Sebaliknya, Nampak berisi, seperti orang gemuk. Dengan stoking hitamnya lagi. Namun, hatiku masih mengukir senyuman, sekurang-kurangnya aku masih dapat mengurangkan beban ayah dan ibu tersayang. Menutup aurat bukan untuk dipandang manusia, tidak perlu dikisahkan pandangan manusia, sama ada cantik atau tidak, pada pandangan mereka. Aku yakinkan lagi diriku, ‘Pandangan manusia tidak akan membantu aku sedikit pun di padang masyhar kelak..’

Biarlah apa pun pandangan manusia, asalkan aku rasa selamat dan terjaga dengan pakaian yang tersarung dibadanku. Longgar dan menutup aurat. Kata satu status di facebook, ‘Comel apa perempuan pakai stoking, tak ubah macam baby’. J


InshaAllah, moga hari yang berlalu, diisi Sang Pencipta dengan hikmah dan Tarbiyyah indah darinya. - SYIFAA’ -

Tuesday, 5 August 2014

Sendiriankah aku?

Berkali-kali aku menanyakan pada diri, betulkah aku perlu berjalan sendiri? Beginikah hakikat perjalanan di bumi Sang Pencipta? Sendirian? Allahu . . . Sungguh, itu bukan hal yang mudah!

Berkali-kali juga kedengaran nasihat-nasihat yang lain, manusia ini, sekali dua jika dijadikan tempat mengadu masalah, mungkin kita akan dilayannya. Namun, jika berkali-kali, contohnya kita adukan hal dan masalah yang sama, pasti aduan dan keluhan kita itu hanya didiengari sambil lewa sahaja. Percaya atau tidak? Terserahlah pada kalian.

Hanya ada satu tempat aduan, keluhan dan rungutan, yang mana walau berkali-kali kita mengadu, mengeluh dan menceritakan segala kesedihan berulang, tetap setia mendengar. Subhanallah. Itulah Sang Pencipta kita. Yang mengharukan hatiku, Dia bahkan rindu mendengar keluhan dan rintihan kita. Adakah manusia seperti itu? Rasanya tidak ada,kan?

Beberapa hari yang lalu, aku benar-benar dilanda masalah. Pelbagai persoalan bermain di minda. Fikiranku sendiri serabut dan tidak terurus. Aku fikir jika duka ini ku kongsi bersama yang lain, mungkin aku akan menemui jalan keluarnya. Namun, lain pula yang aku dapat. Masalah masih tidak selesai. Persoalan tidak pula terjawab malah semakin bertambah. Allahu.

Hati dan jiwaku mulai menyalahkan yang lain, seolah-olah disebabkan merekalah masalah aku tidak selesai. Apa mereka tidak mampukah memahami aku? Nasihat yang aku dapatkan ialah, ‘Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri’. Sungguh, jiwa yang tidak tenang ini kian diselubungi rasa marah. Marah sebab aku dinasihati berkenaan hal yang aku sendiri tahu. Nasihat yang sentiasa diulang-ulang.

Sesaat jiwaku reda, aku fikirkan semula nasihat itu. Teringat pula pada Surah As-Saff, Allah berfirman yang bermaksud, ‘Dia tidak suka hambaNya mengatakan hal yang tidak dilaksanakannya’. Yup, aku tahu ini dan itu, tetapi adakah aku melaksanakannya dengan sebaik mungkin? Seperti nasihat yang aku dapat awal tadi, adakah aku sendiri berusaha mengubah nasibku ini? Allahuakhbar!

Hanya dengan mengingati Allah, nescaya hati akan tenang. Tika ini fikiranku bagaikan kosong, apa perlukan aku bermula dari awal dijalan Allah ini, atau memperbetulkan diri dan teruskan perjalanan. Sahabat aku mengingatkan, ‘Ingatlah semula bagaimana saat kita mula-mula berhijrah, InshaAllah itu mungkin membantu’.

Benarlah, manakan mungkin seseorang itu sentiasa memberi perhatian penuh terhadap kita, itu mustahil kerana setiap seorang Allah berikan ujian masing-masing untuk diselesaikan sebaik mungkin.

Perumpamaannya seperti kita mengambil peperiksaan, semestinya dilarang sama sekali menanyakan jawapannya kepada orang lain. Disebabkan itu, sebelum diadakan peperiksaan pasti diadakan kuiz secara berkumpulan, atau assignment secara berkumpulan. Ketika itu, masing-masing sewajarnya mengambil maklumat sebanyak mungkin untuk digunakan ketika peperiksaan akhir.

Samalah seperti ujian hidup, ambil peluang untuk bertanya kepada orang lain jika berkesempatan dan gunakan waktu sebaiknya untuk fahami serta selami sesuatu sebaiknya. Bimbang jika tiba waktu tertentu untuk mengahadapi ujianNya, kita hanya sendirian. Tika itu berbekalkan bekalan kita tadilah, ujian Allah perlu kita hadapi sendirian tidak berteman.

InshaAllah, saya juga insan biasa, yang sering jatuh tersungkur, bahkan mungkin terguling-guling tergolek dan payah sekali untuk bangun. Namun, saya tetap akan cuba dan cuba untuk bangun meski mengambil masa yang agak lama. Moga ingatan ini mengingatkan diri dan semua. InshaAllah.

Ingatan terakhir, sendiriankah kita? Tidaklah, Allah ada. Sentiasa setia disisi, sentiasa ternanti-nanti akan rintihan kita. Jika kita rasai sebaiknya perasaan adanya Allah Yang Satu ini, InshaAllah kita akan sentiasa yakin dan percaya yang kita tidak pernah bersendirian. InshaAllah. Aamiin.


#PrayforMH370  #PrayforMH17  #Pray4allMuslim

Cantik vs Wanita

Dinikahi seorang wanita itu kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu tidak akan menyesal.

Sewaktu kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah, ayah memberhentikan kereta di stesen minyak. Ibu, aku dan adik mengambil keputusan untuk ke tandas manakala angah pula masih berada di dalam kereta. Malas agaknya. Sebaik sahaja aku turun dan menutup pintu kereta, mataku memandang sekeliling. Tanpa aku sedari, pandanganku tertancap pada seseorang.

Sesaat, pandangan seakan tidak mahu beralih arah. Rambutnya rapi, kemas serta berkaca mata, juga tepat memandangku. Aneh, yang aku rasai beberapa saat itu adalah, selamat, selesa, aman. Bagaikan hanya dia dan aku sahaja yang berada di situ. Subhanallah. Astaghfirullah Al-Azim. Sungguh, sekelilingku bagaikan kosong, bingit kereta pun tidak ku dengari.

“Ok, ini bahaya!” Sementara sedar berada di dunia realiti, serta merta pandangan itu ku alihkan. Kalau dibiarkan begitu,alamatnya ibu dan adik sudah berjalan ke depan, berdiri sendirianlah aku di situ.

‘Sedar diri, kau berjalan dengan adik kau, konfem2 la adik kau yang lebih dipandang.. beringat sayang’, bisikku sendirian. Sebab aku sedar, jika dibandingkan oleh sesiapa pun,adikku jauh lebih cantik dari segi rupa paras.

Nampak macam tekanan perasaan ke saya? Terpulanglah kepada kalian untuk menilai.

Sungguh, tiada wanita yang tidak mahu dipandang cantik dan anggun. Namun, setelah berkali-kali dikutuk dan sebagainya, perasaan mahu dipuji, dipandang cantik hilang. Diri yakin, seribu kali mengharap dipandang sedemikian rupa, bimbang dipuji hanya dibibir namun tidak selari dengan hati.

Yup, it is true, kenapa perlu kisahkan pandangan manusia sedangkan pandangan Allah jauh lebih bermakna. Namun, diri tidak sekuat itu, hati tidak sekental itu. Ada ketikanyanya, kalah juga dengan kata-kata dan kutukan orang lain.

Penting sangatkah kecantikan sehingga perlu bersedih hati? Tanyalah kepada diri sendiri, berapa ramai agaknya manusia yang memang tidak terkesan langsung apabila melihat kecantikan seseorang. Susah rasanya jika mahu jumpa seseorang seperti itu. Setakat ini, yang dijumpai ialah seseorang yang memuji jika yang dipandangnya cantik dan mengutuk jika yang dipandangnya kurang cantik.

Sayu hati memikirkan pandangan orang yang sedemikian rupa, seolah-olah, cantik dan kacak itulah yang menaikkan dan menurunkan darjat seseorang. Allahu . . .

Allah lebih Tahu. Allah lebih Faham.

Allah sendiri suka pada kecantikan. Allah sendiri suka segala hal yang cantik dan indah. Namun, cantik yang disukai Allah itu ialah cantik yang kita hias di hati bukan hanya diwajah. Moga diri dan kalian juga ingat pada hal yang satu ini.

Sungguh aku tidak kenal lelaki itu tadi, Bila difikirkan semula, aku sendiri tidak pasti sama ada aku atau orang lain yang dipandangnya. Namun aku benar-benar berharap, suatu saat nanti perasaan selamat, selesa dan aman ketika memandangnya tadi diizinkan oleh Allah untuk aku merasainya sekali lagi atau mungkin kali terakhir, jika telah tiba waktunya untuk Dia menemukan aku dengan dia secara halal dan diberkatiNya.

Mudah orang berkata, “Tak sunyi ke? Kalau ada teman boleh borak-borak. Luah perasaan bagai.”

Siapa tidak mahu berteman, semestinya mahu. Namun, yang aku mahu ialah yang mana jika dia ku pandang, dikurniakan pahala olehNya kepadaku, jika dia aku hadiahkan senyuman, dikurniakan pahala olehNya kepadaku, saat senda dan tawa bersamanya juga, dikurniakan pahala oleh Allah S.W.T buatku.
InshaAllah, itu yang aku mahu, itu yang aku harapkan. Aamiin Ya Rabb.


Sayang, diciptakan Allah berpasang-pasangan, meski burung yang ku lihat di awan juga terbang bersama teman. Namun, yang hatiku harapkan ialah, teman disisi itu halal di pandangan Illahi.

Saturday, 26 July 2014

Nostalgia yang dirindui

Satu persatu aku teliti, sehinggalah pandanganku tertancap pada sesuatu yang tidak asing lagi sewaktu aku masih di sekolah dahulu. Saling memberinya bagaikan kewajipan bagi kami. Sungguh, itulah nostalgia yang amat dirindui.

Memandangkan kasut si adik masih belum dibeli, ibu buat keputusan untuk membeli-belah untuk kali yang terakhir pada hari ini. Tujuan hari ini hanya untuk membeli kasut raya adik dengan kemahuan si ayah yang ingin membeli lampu kelip-kelip. Ala.. lampu kelip-kelip raya tu.. Namun, sebaik sahaja tiba di destinasi, masing-masing lupa dengan tujuan asal. [Biasalah tu..( -_- )]

Satu persatu kami teliti di pasaraya. Tiada satu pun yang terlepas dari pandangan. Tangan aku dan adik pula ringan saja nak mencapai apa sahaja yang disukai dan yakin ayah mengizinkan kami membelinya. Sehinggalah pandanganku tertancap pada sesuatu yang mulai mengingatkan aku pada memori sewaktu sekolah dahulu. Kad raya. Aku hanya tersenyum sendiri apabila melihat design kad raya yang diberi oleh rakan-rakanku beberapa tahun dahulu masih wujud. Geli hati. [Nampak sangat jual stok tahun lalu punya kad raya tahun lalu... ke saja ambil design lama?] Namun, kad raya design seperti itulah yang membuatkan aku tersenyum sendiri. Kenangan!

‘Nak belilah!’ Kalau diikutkan aku sendiri tidak tahu mahu berikan kad raya pada siapa. Puas juga dibebel ibu tentang tujuan aku membeli kad raya, walaupun harganya tidaklah mahal mana. Manakan tidak si ibu membebel, katanya musim whatsapps, facebook, weechat, twitter.. mana ada lagi yang mahu ucap hari raya di atas sekeping kad raya. Setibanya di rumah, satu-persatu kad raya tidak bertulis itu ku belek. Allahu.. rindunya musim beri kad raya zaman sekolah dahulu.

Jika dibandingkan dengan sekolah menengah, rasanya sekolah rendah lagi meriah dengan kad raya. Al-maklumlah, di sekolah menengah, kad raya sudah ditukar dengan flyers. Cari untung meh!
Aku juga masih menyimpan semua kad raya yang pernah aku dapat dahulu.Dengan tulisannya.. ucapannya.. semua kebudak-budakan yang teramat. Manalah masing-masing kisah sangat isi kad raya, asalkan bagi sudah. Sampaikan ada satu kad raya yang aku dapat, si pemberi hanya salin semula ayat yang seakan-akan sama dengan ayat hiasan yang ada pada kad raya. Parah...! [Tekanan,kan? Mungkin tiada idea agaknya..Bersyukur, ada juga orang nak bagi,kan?]

Sungguh, meski saat itu kebudak-budakan, bersama kad raya yang ditulis cakar ayam, itulah saat yang amat aku rindui tika ini. Ada ketikanya, bila bersendirian, kad-kad raya yang dahulu aku baca dan kemas semula. Senyum dan ketawa seolah-olah bagaikan semalam kad raya itu diberi oleh sahabat-sahabatku. Rindu!

Benar kata ibu, zaman Weechat Whatsapps bagai ini, lebih mudah untuk masing-masing mengucapkan hari raya, tapi bagi aku, kad raya itu sendiri have its own special touch. Oh My English! Kad raya ditulis tangan, boleh disimpan. Selagi tiada keinginan nak buang, selagi itulah akan disimpan. Mesej di Whatsapps,Weechat, Facebook??? Mungkin kita tak delete, tapi jenuh jugakan jari nak scroll semula ucapan raya tu? Kalau lebih bijak, mungkin ada yang akan screenshot each of ucapan yang diterima, but suddenly handphone ada virus atau mengalami masalah, then semua hilang. Akhirnya, kenangan hilang begitu sahaja.

Alhamdulillah, teknologi yang semakin maju sememangnya membantu, tetapi kadangkala hati tetap rindu dengan cara lama. Beli kad raya, tulis, stay up sambil fikir ayat yang sesuai. Kalau rajin, siap tulis pantun lagi. Selagi belum cukup berbelas kad raya selagi itulah duit sibuk dilaburkan untuk beli kad raya. Kawankan ramai, so nak make sure semua orang tidak terkecuali daripada senarai rakan yang akan dapat kad raya. Macam-macam kerenah ada,kan? (>_^)


Walau apa pun, semakin masa berlalu, umur meningkat, moga kita faham sebaiknya, erti ucapan raya dan maaf yang tidak putus-putus kita lafazkan sewaktu menjelangnya raya nanti. Selain itu, beringat juga berkenaan adab-adab raya yang sering diketengahkan sewaktu menyambut raya. Antaranya tidak berlebih-lebihan dan menjaga batas pergaulan sebaiknya. InshaAllah, moga setiap saat bermakna. (^_^)

Monday, 21 July 2014

Melalui tangisan hati meluah rasa

Bagaikan anak kecil yang tidak mampu berkata-kata, hanya melalui tangisan mereka berbicara. Ada ketikanya, begitu jugalah aku. Memohon dan meminta pada Yang Esa. Allahu..

Sudah sekian lama aku tidak menitiskan air mata ini. Entah mengapa malam ini aku menangis semahu-mahunya. Mengadu nasib yang amat memeritkan padaNya. Satu persatu aku luahkan.
Tanpa bicara. Tanpa suara. Hanya bisikan melalui hati yang sakit dan pedih menanggung duka. 
Allahu... peritnya.

Bagaikan dapat dirasai, Dia benar-benar sedang mendengar, setiap luah hatiku. 
Meski tidak terlihat, Dia dapat aku rasai setia mendengar di sisi. Subhanallah. MashaAllah.

Ya Allah. Setelah malam ini berlalu, aku berharap lagi mahu menemuiMu di malam yang seterusnya. Mahu mengadu dan meluahkan segalanya semahuku. Aku berharap rasa ini, rasa untuk sentiasa bersamaMu ini kekal, sentiasa mengisi ruang hatiku yang kesunyian.

Ya Allah, adakah aku juga diberi kesempatan untuk merasai cinta tulus dari seseorang? Yang mana dengan izinMu, bahunya boleh dipinjam untuk aku melepaskan lelah dan tangisku. Allahu, aku tak pinta seseorang yang sempurna, aku hanya pinta seseorang yang bisa menyempurnakanku.

Ya Allah, jika difikirkan semula, mungkin benar juga kata yang lain, adalah lebih wajar, sedih tangisku, doa dan pintaku, diberi kepada saudara-saudara seislamku, yang setiap saat diseksa yahudi laknatullah. Tidak kira masa dan tempat, mereka di bom sana sini. Allahuakhbar.. benar-benarlah kata mereka.

Tapi Ya Allah.. aku masih berdoa kepadaMu agar aku dikurniakan seorang teman, bukan sahaja agar dia bisa menemaniku. Tetapi agar dia bisa sentiasa mengingatkanku.. untuk berdoa buat saudara seislamku yang lain. 

Ya Allah, aku lemah tanpa ada seseorang yang menemani, aku lemah tanpa ada yang memberi galakan. Aku benar-benar berharap, dimakbulkan doaku untuk dihadirkan seseorang yang juga sentiasa menasihatiku, mengingatkan kembali hati dan imanku, setiap bicara dan peringatan dariMu dan RasulMu, Rasulullah s.a.w.

Ya Allah, ampunkan aku andai Ramadhan kali ini, aku masih tidak memanfaatkannya setiap saat dengan lebih baik. Aku selalu sahaja lalai dan tidur, dan hanya terjaga apabila tibanya penghujung bulan yang penuh barakah ini. Aku selalu sahaja lambat tersedar dari lamunan mimpi dunia di saat-saat akhir. Memohon ampun di saat-saat akhir. Mencari kekuatan dan kefahaman juga di saat-saat akhir. Allahu.. Ampunkanlah aku. Tetapkanlah pendirianku.

Ya Allah, sekali lagi aku mohon, makbulkanlah doaku. Hadirkanlah seorang insan yang bisa membuatkan aku terjaga dari lena yang panjang. Tidaklah aku berdoa seperti ini kerana nafsu dan kesunyian, melainkan aku benar-benar memerlukan seseorang, yang bisa mengingatkan aku tentangMu setiap kali aku terlupa. Ya Allah, hadirkanlah Ya Allah.

Ya Allah, moga di saat aku menanti dengan penuh berharap, kuatkanlah pengharapan dan  cintaku terhadapMu. Tiada yang lebih indah dari itu. Tiada cinta yang lebih agung dari cintaMu.

Ya Allah, di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 99 kali rindu buat setiap keindahan namaMu . Aamiin Ya Rabb ...


Sunday, 9 February 2014

Subhanallah ... Sweetnya Allah .. (^_^)

"Sayu.Sedih.Pilu.
 Puas diri ini merenung jauh,
 Memikirkan sebab munasab rasa sebegini hadir di kala malam yang dingin ini ..
 Allahurabbi, apa sebenarnya ujian buat diri ini ..
 ujianMu bagaikan kabur, tanpa matlamat dan sebab yang jelas,
 mengapa perasaan yang amat memedihkan ini hadir.."

 "Allahurabbi .. aku cuba mencari seseorang untuk meluahkan apa yang aku rasa,
 Tapi aku tetap gagal meluahkannya .. tiada siapa yang memahami,
 Mungkin jika  diluahkan dengan kata2 yang mudah sekalipun,
 Tetap payah untuk difahami insan di sekeliling ini .. Allahurabbi .."

 "Perit pedih hati merasai kesakitan ini,
 membuatkan aku teringin sekali untuk menangis,
 Namun, air mata yang sering menemani juga ...
 bagaikan sukar sekali untuk menitis ..
 bagaikan sukar memahami betapa perlunya ia di saat2 seperti ini ...
 Allahu .. siapalah yang sudi memahami diri ini ..? tiada sesiapakah?"

Bukan begitu sayang, setiap kali Allah hadirkan rasa sebegini,
Yang mana ianya tidak mapu diluahkan dengan kata2 ..
Sayang susunlah .. aturlah kata2 macam mana sekalipun ..
Apa yang sayang rasakan, tetap tidak dapat difahami yang lain..

Kerana apa ya sahabat2 dan sayang2 sekalian?
Kerana Allah mahu kita mengadu hanya padaNya ..
Allah mahu kita sedar Dialah tempat sebaik2nya untuk kita bergantung harap ..
Allah rindu dengan rintihan kita padaNya ... <3

Jika manusia diluar sana melemparkan kata2 kasar dan kesat terhdapmu,
Membuatkan hati dan kehidupanmu gundah gulana,
Namun Allah mampu memujuk hati itu dengan penuh kasih sayang..
Dia mampu mendakap hatimu dengan penuh rasa cinta ...
Allahurabbi, sweetnya Allah .. MashaAllah ..

Jom sahabat, kita pandu hati ini berbalik pada Allah ya? ^_^ <3

Wednesday, 22 January 2014

Ukhuwah yang bermakna


Andai bicara yang hadir bagai memberi teguran dan nasihat buatmu,
itu bukan petanda diri membenci, sedikit pun tidak akan terbit rasa benci terhadapmu ..
mungkin aku tidakkan mampu memaksamu untuk memahami,
tapi tolonglah, fahamilah .. konsep persahabatan diri <3 ,

1.       (^_^) Sekali sayang takkan sekali-kaliku benci ..
Tujuan nasihat dan teguran,  kerna diri mahu menyempurnakan dirimu .. sayang, kita ditakdirkan untuk bertemu adalah untuk saling menyempurnakan, ada sebab mengapa Allah hadirkanku dalam hidupmu, dan ada sebab mengapa Allah menghadirkanmu dalam hidupku.. fikir baik-baik sayang .. ada hikmahNya ..

2.      (^_^)  Jadilah diri sendiri sayang ...
kau cacat, x ada tangan, x ada kaki tetap ku terima.. InshaAllah ..
apa guna persahabatan jika diri hanya mengiyakan segala yg lahir dari bicaramu,
tanpa memperbetulkan kesalahanmu, dan bilamana kau menjadi org lain, dan bukan diri sendiri, 
bagaimana diri mahu memperbetulkan kesalahanmu sayang ..?
bajet perfect ke saya? terserahlah la nak fikir apa sayang <3 niatku hanya mahu membantu ...

3.      (^_^)  Aku bersahabat dengan hatimu, bukan sikapmu ..
jika terlihat seperti perasaan benci/x suka di wajah ini ..
yang tidak diri sukai itu adalah sikapmu,bukan dirimu ..
kerna InshaAllah, aku akan sentiasa cuba ingat dan ingat ..
fitrah hati manusia sentiasa inginkan kebaikan walau bagaimana buruk pun sikap seseorang itu ..
tapi andai aku terlupa, fahamilah, imanku juga ada turun naiknya..
diri juga bukan sempurna mana, diri tetap insan biasa sayang <3

4.     (^_^)  Sayang, fahamilah ukhuwah yang terjalin ini dengan hati ..
Bila diberi nasihat, cepat benar mahu membela diri ye sayang?
sayang, jom kita lembutkan sedikit hati kita, dengar dulu apa yang orang nak nasihat kita..
bimbang suatu hari nanti, x ada lagi org macam tu dalam hidup kita,
tidak ada lagi orang yang kisah apa yg kita buat tu betul atau salah..
saya juga payah nak terima nasihat, tapi kita cuba juga..
cuba lembutkan hati sendiri, boleh syg? InshaAllah saya yakin semua boleh ^_^

asif, saya nak mohon maaf pada semua ,
sama yang kenal saya atau pun tidak,
asif di atas post2 yang buat sesiapa terasa,
asif di atas post2 yang melalaikan..
doakan iman ini sentiasa teguh di landasan Illahi ..
doakan kesakitan yang dialami menjadi kafarah dosa buat diri ..
doakan bibir ini sentiasa melukiskan senyuman,
meski tidak ada sedikit pun sebab mengapa senyuman ini mampu terlukis indah .. :')

sayang kalian, rindu kalian.. <3
meski kalian tidak ku kenal, atau tidak pernah ku temui .. <3
Rasulullah pun begitu kan?
merindui kita meski tidak pernah jumpa kita <3


doakan ana kuat di medan dakwah ini :')

Friday, 17 January 2014

Pergantungan pada Pencipta Cinta ...

Tiada sesiapa yang mahu keseorangan, malah tetap perlukan seorang teman. Tiada sesiapa di dunia ini yang Allah jadikan sempurna, kerana setiap di antara kita Allah jadikan untuk saling menyempurnakan. Subhanallah. Sungguh pun begitu, hanya Allah tempat yang pergantungan yang utama.

Bismillah ..
Bagaikan dirasai di dalam hati..akan hadir seorang insan yang bakal menghilangkan kesunyian ini..
Dengan keyakinan pada Allah, dia aku jadikan sebagai kekuatan untuk aku menempuh kehidupan..
Meski wajahnya tidak pernah ku tahu .. dimana keberadaanya tetapi aku yakin dia ada...dia wujud..
Aku yakin kehadirannya buatku suatu hari nanti..aku mahu jadi sayap kiri yang teguh dan setia di sisi..
Alhamdulillah itu antara kekuatan ..
yang menjadikan aku terus tabah menempuh ujian Illahi dari hari ke hari..

Namun, ada ketikanya aku tetap jatuh dan tersungkur..
Saat itu,..pabila aku menanyakan kepada seorang sahabat... mengapa begini..mengapa begitu..
Jawapannya mudah , “tetapkan pergantungan hanya pada Allah ..”
Aku faham apa yang sahabatku cuba sampaikan namun hingga kini ia masih menjadi persoalan buatku..

Bagaimana sebenarnya yang diertikan dengan pergantungan hanya pada Allah?
Ya..cinta dan rindu yang mendalam buat si dia sentiasa hadir..
Tapi empunya cinta dan rindu ini belum pasti lagi akan menemuiku esok mahupun lusa,..
Yang tetap setia dan hadir di sisi ialah Dia yang menghadirkan rasa cinta dan rindu ini..

Allahurabbi..baru sekarang aku mengerti..
Apa yang diertikan dengan pergantungan hanya pada Illahi ..
Patutlah aku diuji dengan perasan mengharap yang amat sangat..
Sedangkan aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang aku harap-harapkan.. Allahurabbi ...
Dan ia turut mengajarkan aku.. bagaimana cinta dan rindu yang sederhana sahaja..

Alhamdulillah.. cinta dan rindu yang dikurniakan ini tidak akan ku usir..
Ia akan kekal di sisi.. yang pasti ia bukanlah kekuatan hakiki..
Yang membolehkan aku terus bergantung terhadapnya..
Kerana pergantungan harapan yang abadi hanya pada Illahi...
Pencipta cinta dan rindu yang menghiasi hati... MashaAllah ... <3

Terciptanya lagu nyanyian Hafiz Hamidun berjudul Jodoh Berdua membuatkan aku semakin yakin dengan apa yang aku rasa..
Kerna pada awalnya aku rasa bagaikan seseorang yang ganjil kerana yakin akan hadirnya seseorang di sisi suatu hari nanti meski tidak pernah terlihat siapa dirinya ..
Ya.. setiap bait2 lagunya membuat aku semakin yakin akan hadirnya suatu saat nanti..
Tapi aku tidak akan bergantung kepada rasa yang ada ketikanya hadir dan pergi ini ..
InshaAllah kini pergantunganku hanya pada Allah ..
Yakni Sang Pencipta yang menciptakan aku dan dia..
Pencipta yang bakal menyatukan cinta dan rindu ini dengan pemiliknya.. InshaAllah .. <3

Lirik Lagu Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun 

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita