Satu persatu aku
teliti, sehinggalah pandanganku tertancap pada sesuatu yang tidak asing lagi
sewaktu aku masih di sekolah dahulu. Saling memberinya bagaikan kewajipan bagi
kami. Sungguh, itulah nostalgia yang amat dirindui.
Memandangkan kasut si adik masih belum dibeli, ibu buat
keputusan untuk membeli-belah untuk kali yang terakhir pada hari ini. Tujuan
hari ini hanya untuk membeli kasut raya adik dengan kemahuan si ayah yang ingin
membeli lampu kelip-kelip. Ala.. lampu kelip-kelip raya tu.. Namun, sebaik
sahaja tiba di destinasi, masing-masing lupa dengan tujuan asal. [Biasalah
tu..( -_- )]
Satu persatu kami teliti di pasaraya. Tiada satu pun yang
terlepas dari pandangan. Tangan aku dan adik pula ringan saja nak mencapai apa
sahaja yang disukai dan yakin ayah mengizinkan kami membelinya. Sehinggalah
pandanganku tertancap pada sesuatu yang mulai mengingatkan aku pada memori
sewaktu sekolah dahulu. Kad raya. Aku hanya tersenyum sendiri apabila melihat
design kad raya yang diberi oleh rakan-rakanku beberapa tahun dahulu masih
wujud. Geli hati. [Nampak sangat jual stok tahun lalu punya kad raya tahun lalu... ke saja
ambil design lama?] Namun, kad raya design seperti itulah yang membuatkan aku tersenyum sendiri. Kenangan!
‘Nak belilah!’ Kalau diikutkan aku sendiri tidak tahu mahu
berikan kad raya pada siapa. Puas juga dibebel ibu tentang tujuan aku membeli
kad raya, walaupun harganya tidaklah mahal mana. Manakan tidak si ibu membebel,
katanya musim whatsapps, facebook, weechat, twitter.. mana ada lagi yang mahu
ucap hari raya di atas sekeping kad raya. Setibanya di rumah, satu-persatu kad
raya tidak bertulis itu ku belek. Allahu.. rindunya musim beri kad raya zaman
sekolah dahulu.
Jika dibandingkan dengan sekolah menengah, rasanya sekolah
rendah lagi meriah dengan kad raya. Al-maklumlah, di sekolah menengah, kad raya
sudah ditukar dengan flyers. Cari untung meh!
Aku juga masih menyimpan semua kad raya yang pernah aku
dapat dahulu.Dengan tulisannya.. ucapannya.. semua kebudak-budakan yang
teramat. Manalah masing-masing kisah sangat isi kad raya, asalkan bagi sudah.
Sampaikan ada satu kad raya yang aku dapat, si pemberi hanya salin semula ayat
yang seakan-akan sama dengan ayat hiasan yang ada pada kad raya. Parah...!
[Tekanan,kan? Mungkin tiada idea agaknya..Bersyukur, ada juga orang nak
bagi,kan?]
Sungguh, meski saat itu kebudak-budakan, bersama kad raya
yang ditulis cakar ayam, itulah saat yang amat aku rindui tika ini. Ada
ketikanya, bila bersendirian, kad-kad raya yang dahulu aku baca dan kemas
semula. Senyum dan ketawa seolah-olah bagaikan semalam kad raya itu diberi oleh
sahabat-sahabatku. Rindu!
Benar kata ibu, zaman Weechat Whatsapps bagai ini, lebih
mudah untuk masing-masing mengucapkan hari raya, tapi bagi aku, kad raya itu
sendiri have its own special touch. Oh My English! Kad raya ditulis tangan,
boleh disimpan. Selagi tiada keinginan nak buang, selagi itulah akan disimpan.
Mesej di Whatsapps,Weechat, Facebook??? Mungkin kita tak delete, tapi jenuh
jugakan jari nak scroll semula ucapan raya tu? Kalau lebih bijak, mungkin ada
yang akan screenshot each of ucapan yang diterima, but suddenly handphone ada
virus atau mengalami masalah, then semua hilang. Akhirnya, kenangan hilang
begitu sahaja.
Alhamdulillah, teknologi yang semakin maju sememangnya
membantu, tetapi kadangkala hati tetap rindu dengan cara lama. Beli kad raya,
tulis, stay up sambil fikir ayat yang sesuai. Kalau rajin, siap tulis pantun
lagi. Selagi belum cukup berbelas kad raya selagi itulah duit sibuk dilaburkan
untuk beli kad raya. Kawankan ramai, so nak make sure semua orang tidak
terkecuali daripada senarai rakan yang akan dapat kad raya. Macam-macam kerenah
ada,kan? (>_^)
Walau apa pun, semakin masa berlalu, umur meningkat, moga
kita faham sebaiknya, erti ucapan raya dan maaf yang tidak putus-putus kita
lafazkan sewaktu menjelangnya raya nanti. Selain itu, beringat juga berkenaan
adab-adab raya yang sering diketengahkan sewaktu menyambut raya. Antaranya
tidak berlebih-lebihan dan menjaga batas pergaulan sebaiknya. InshaAllah, moga
setiap saat bermakna. (^_^)
No comments:
Post a Comment