Thursday, 19 January 2017

At The Right Time.

'Allahuakhbar'..

Tanganku terus terhenti menyiapkan presentation slide untuk presentation group esok. Ternyata, perkara yang aku bimbangkan beberapa hari yang lalu terjadi juga. Pensyarah mahu buat Test hari Khamis, dan aku dah beli tiket untuk pulang ke rumah bagi cuti study week hari rabu. Ya, aku tahu ini silap aku juga kerana beli tiket awal sedangkan terlalu banyak possibilities yang boleh terjadi, such as the date for test, class or presentation changes but the most worried possibility is, what happened of all the ticket is sold out? Yes. Itu yang aku bimbang teramat sangat. Tiket bas pergi balik hampir RM100 lebih juga belanjanya. Allahu, permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Aku cuba nego dengan wakil kelas tapi tak dapat juga nak awalkan test atas alasan, considering the repeaters. Kasihan pula. Akhirnya aku ambil keputusan untuk minta excuse dari pensyarah untuk ambil test awal. Minggu akhir semester ini sangat sibuk. Bertindan2 presentation dan test. Namun, walau apa pun sekali yang terjadi, aku kena juga ambil test awal.

'Tapi, kalau pensyarah tanya kenapa nak ambil test awal macam mana?'

Ini yang bermain-main di mindaku. Nak menipu, pensyarah sendiri, yang selama ini menyampaikan ilmu pada aku. Selesakah aku, hidup dengan rasa bersalah walaupun penipuan aku hanya untuk hal sekecil itu? Nampak tipuan kecil, tapi rasa bersalah yang bakal aku tanggung sangatlah tidak menyenangkan.

Solat fardhu aku tunaikan, seusai itu aku tidak henti-henti berdoa, meminta agar dilembutkan hati pensyarah untuk izinkan aku buat test awal. Dengan masih bertelekung, aku menggapai handphone, ada whatsapp masuk. Alhamdulillah, setelah dengan sabar menanti balasan whatsapp dan message, pensyarahku membalas 'ok'.

Air mata mulai membasahi kedua belah pipi ku. Sungguh, aku bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doaku di saat aku sangat2 memerlukannya.

No comments:

Post a Comment