Wednesday, 24 May 2017

Mimpi.

Aku sendiri tidak pasti, bagaimana aku berada di tempat ini. Aku bercuti kah di sini? Mustahil, ini kawasan yang mempunyai posibility yang tinggi untuk di bom. Adakah aku di syria? Palestin? Entah. Aku tidak pasti.

Berhampiran aku, ada kedai menjual tudung dan shawl, aku menapak menghampiri bersama ahli keluarga. Sewaktu aku sedang mencuba-cuba shawl yang ada, ada seorang lelaki yang samar-samar wajahnya ralik memerhati aku. Seusai aku mengenakan shawl, kelihatan cincin tersarung di jari. Kelihatan semua orang disekeliling gembira, dan aku berada dalam keadaan confuse. Mereka kata aku telah bertunang, dengan siapa?

Ibu kata, "Kesian dia, jauh nak berjalan masuk ke kwsn tempat tinggal."

'Kenapa pula ibu?'

"Sebab ada satu benteng tinggi yang memisahkan kawasan dan sekolah dia, dengan tempat tinggal dia. Dan satu-satunya pintu keluar masuk adalah di hujung benteng sana."

'Oohh sebab tu, dia kena pusing jauh ya ibu..' Aku mengangguk faham.

Dan aku akan pulang ke Malaysia. Tunang aku jauh di sini. Possible kah perhubungan ini? Perhubungan yang penuh dengan rasa tawakal. Bila-bila sahaja kawasannya mungkin diserang, dibom, dan ... berbeza sekali dengan bumi Malaysia aku, yang masih aman dan makmur.

Aku tersedar dari lena yang panjang. Aku mimpi. Ya, aku mimpi. Namun, perasaan syahdu dan sedih ini seolah-olah bukan mimpi. Astaghfirullah al-azim. Tenang-tenangkanlah jiwa ini.

No comments:

Post a Comment