Entah mengapa, ujian Allah dirasakan bagai bertubi-tubi hadir. Rasa bagai mahu demam semula dibuatnya. Namun Alhamdulillah, aku dikelilingi aura positif, kerna Allah hadirkan insan-insan yang positif... merekalah yang tidak jemu memberikan kata semangat,
"Yakin sikit.."
"Awak boleh sebenarnya.."
Sedikit sebanyak aku mampu tersenyum meski hati aku masih resah. Ternyata, kuasa sebuah senyuman mampu mengalirkan cas-cas positif dalam diri. Perlahan-lahan aku menarik nafas menenangkan diri. Jika bukan aku, siapa lagi yang boleh menenangkan diriku? Selain Allah, hanya aku yang faham apa yang aku alami dan rasai.
Dengan lafaz Bismillah aku melangkah ke hadapan. Aku penat mahu risau dan risau, dan aku tahu Allah menguji hambaNya dengan apa yang hambaNya risaukan.
Doaku, moga aku terus teguh melangkah, dan mara ke hadapan. InshaAllah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment