Dinikahi seorang wanita itu kerana 4 perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah kerana
agamanya, nescaya kamu tidak akan menyesal.
Sewaktu kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah, ayah
memberhentikan kereta di stesen minyak. Ibu, aku dan adik mengambil keputusan
untuk ke tandas manakala angah pula masih berada di dalam kereta. Malas
agaknya. Sebaik sahaja aku turun dan menutup pintu kereta, mataku memandang
sekeliling. Tanpa aku sedari, pandanganku tertancap pada seseorang.
Sesaat, pandangan seakan tidak mahu beralih arah. Rambutnya
rapi, kemas serta berkaca mata, juga tepat memandangku. Aneh, yang aku rasai
beberapa saat itu adalah, selamat, selesa, aman. Bagaikan hanya dia dan aku sahaja
yang berada di situ. Subhanallah. Astaghfirullah Al-Azim. Sungguh, sekelilingku
bagaikan kosong, bingit kereta pun tidak ku dengari.
“Ok, ini bahaya!” Sementara sedar berada di dunia realiti,
serta merta pandangan itu ku alihkan. Kalau dibiarkan begitu,alamatnya ibu dan
adik sudah berjalan ke depan, berdiri sendirianlah aku di situ.
‘Sedar diri, kau berjalan dengan adik kau, konfem2 la adik
kau yang lebih dipandang.. beringat sayang’, bisikku sendirian. Sebab aku
sedar, jika dibandingkan oleh sesiapa pun,adikku jauh lebih cantik dari segi
rupa paras.
Nampak macam tekanan perasaan ke saya? Terpulanglah kepada
kalian untuk menilai.
Sungguh, tiada wanita yang tidak mahu dipandang cantik dan
anggun. Namun, setelah berkali-kali dikutuk dan sebagainya, perasaan mahu
dipuji, dipandang cantik hilang. Diri yakin, seribu kali mengharap dipandang
sedemikian rupa, bimbang dipuji hanya dibibir namun tidak selari dengan hati.
Yup, it is true, kenapa perlu kisahkan pandangan manusia
sedangkan pandangan Allah jauh lebih bermakna. Namun, diri tidak sekuat itu,
hati tidak sekental itu. Ada ketikanyanya, kalah juga dengan kata-kata dan kutukan
orang lain.
Penting sangatkah kecantikan sehingga perlu bersedih hati?
Tanyalah kepada diri sendiri, berapa ramai agaknya manusia yang memang tidak
terkesan langsung apabila melihat kecantikan seseorang. Susah rasanya jika mahu
jumpa seseorang seperti itu. Setakat ini, yang dijumpai ialah seseorang yang
memuji jika yang dipandangnya cantik dan mengutuk jika yang dipandangnya kurang
cantik.
Sayu hati memikirkan pandangan orang yang sedemikian rupa,
seolah-olah, cantik dan kacak itulah yang menaikkan dan menurunkan darjat
seseorang. Allahu . . .
Allah lebih Tahu. Allah lebih Faham.
Allah sendiri suka pada kecantikan. Allah sendiri suka
segala hal yang cantik dan indah. Namun, cantik yang disukai Allah itu ialah
cantik yang kita hias di hati bukan hanya diwajah. Moga diri dan kalian juga
ingat pada hal yang satu ini.
Sungguh aku tidak kenal lelaki itu tadi, Bila difikirkan
semula, aku sendiri tidak pasti sama ada aku atau orang lain yang dipandangnya.
Namun aku benar-benar berharap, suatu saat nanti perasaan selamat, selesa dan
aman ketika memandangnya tadi diizinkan oleh Allah untuk aku merasainya sekali
lagi atau mungkin kali terakhir, jika telah tiba waktunya untuk Dia menemukan
aku dengan dia secara halal dan diberkatiNya.
Mudah orang berkata, “Tak sunyi ke? Kalau ada teman boleh
borak-borak. Luah perasaan bagai.”
Siapa tidak mahu berteman, semestinya mahu. Namun, yang aku
mahu ialah yang mana jika dia ku pandang, dikurniakan pahala olehNya kepadaku,
jika dia aku hadiahkan senyuman, dikurniakan pahala olehNya kepadaku, saat
senda dan tawa bersamanya juga, dikurniakan pahala oleh Allah S.W.T buatku.
InshaAllah, itu yang aku mahu, itu yang aku harapkan. Aamiin
Ya Rabb.
Sayang, diciptakan Allah berpasang-pasangan, meski burung
yang ku lihat di awan juga terbang bersama teman. Namun, yang hatiku harapkan
ialah, teman disisi itu halal di pandangan Illahi.
No comments:
Post a Comment