Friday, 27 January 2017

Kesilapan yang tidak mampu ku undurkan lagi.


Benarlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

Salah aku, silap aku. Terlalu cepat menghukum dalam apa jua situasi. Ya, mungkin dia salah, tetapi aku juga salah. Aku terlalu sayang Nurul, sejak sekolah lagi. Rasa sakit di hati yang pernah aku alami sejak sekolah rupanya telah lama terpendam di dalam hati, yang ku sangka hilang tidak muncul lagi. Kesakitan yang lampau kian melukai hati aku dari dalam dan aku sedikit pun tidak menyedari hal itu. Di sebabkan hal ini, aku membuat keputusan, untuk bersikap ‘direct’. Berfikir sebelum berkata-kata dan direct sahaja cakap segalanya. Tanpa perlu berselindung dan menyimpan sendiri lagi.

Jika dalam ahli group assignment aku misalnya, jika ada tindakan tidak wajar yang diambil, aku akan terus cakap direct pada orangnya, yakni berbincang dengan mereka yang tertentu. Jika tidak, masalah tidak akan selesai. Kawan-kawan mengatakan tidakan aku tidak salah. Aku mula merasakan perubahan yang aku lakukan adalah satu perubahan yang baik. Makin hari, aku makin bercakap dan bersikap secara direct, kerna aku bimbang, jika di simpan-simpan hati aku akan terluka lagi seperti dulu. Aku juga meminta kawan-kawan aku untuk tidak berasa takut bercakap apa jua secara jujur dengan aku. Aku katakana pada mereka bahawa aku tidak kisah walau apa pun yang mereka sampaikan, meski hal itu akan menyakiti hati aku. Seperti kata orang, biarlah jujur meski pun sakit. Ya, itu antara hal yang aku pegang.

Sehinggalah suatu hari, aku message Nurul, berharap dia akan melayan aku yang ingin sekali mengadu resah gelisah aku. Aku mahukan tempat untuk bercerita. Namun Nurul hanya membalas message aku sekadarnya sahaja. Lantas aku akhiri perbualan kami. Dia tahu aku tidak berpuas hati sebab dia tidak melayan message aku, Nurul post sesuatu di laman facebook. Aku berang, masakan aku tidak tahu post itu ditujukan pada aku. Aku tak mampu mengawal amarah, dan aku menghantar satu message panjang pada Nurul tentang rasa tidak puas hati aku selama ini. Yang telah lama tersimpan juga aku luahkan, dia tidak balas walau sepatah. Sungguh, aku hampa.

Beberapa hari selepas itu, aku mohon maaf pada Nurul. Juga dia tidak membalasnya. Silap aku. Salah aku. Jika aku tidak terlalu direct, tidak meluahkan rasa tidak puas hati aku, hal ini tidak akan terjadi antara kami. Ternyata perubahan yang aku cuba lakukan telah melampaui batas. Tidak menyelesaikan masalah bahkan mengeruhkan lagi keadaan. Sungguh aku terkilan. Mesti Nurul terluka dan persahabatan kami tidak lagi seperti dulu. Walaupun sudah berminggu hal ini berlaku, hati aku masih pedih. Aku sedih dan hampa dengan diri aku sendiri.

Sekarang aku bingung, perubahan bagaimana sebenarnya yang harus aku lakukan? Mahu dipendam, hati aku yang sakit. Perubahan yang selama ini aku sangkakan perubahan yang paling tepat, memakan diri aku sendiri. Sehingga aku lupa kepentingan menjaga perasaan orang lain. Ya, aku tahu aku salah. Aku ceritakan pada ibu hal yang berlaku antara aku dan Nurul. Ibu kata, mungkin telah tiba waktunya untuk aku melepaskan Nurul dari hidup aku, supaya kesakitan tidak lagi aku rasai. Tapi bagaimana? Terlalu banyak memori kami bersama. Setiap kali aku teringatkan memori kami sejak tingkatan 1, hati aku sayu dan pedih sangat-sangat.

Hari tu aku message Nurul. Dia tak balas. Aku tahu dia tidak akan balas. Ya Allah, aku telah buat silap besar dengan menyakiti hati dia, dan aku tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Kami tidak akan mesra seperti dulu lagi, tiada gelak tawa lagi, tiada nasihat indah-indah dari dia lagi. Mungkin hanya aku yang terlampau sayangkan dia, sedangkan dia tidak begitu. Allahuakhbar, tunjukkanlah hikmah di atas apa yang berlaku. Andai aku desak Nurul untuk bercakap dengan aku sekalipun, aku tahu itu tidak akan berlaku. Aku cukup malas mahu memaksa orang, jika dia tidak mahu, sudahlah, aku tidak akan paksa. Namun  hati aku terkilan, cukup terkilan dengan apa yang berlaku. Allahurabbi. Terkilan yang aku rasa, lebih pedih daripada ujian cinta yang kau berikan sebelum ini. Ya Allah, mampukah aku mengatasi masalah ini? Apa yang patut aku lakukan? Aku bersalah Ya Allah. Aku dah minta maaf, tetapi Nurul tetap tidak balas message aku. Aku redha. Aku cuba untuk redha. Ya Allah, lembutkanlah hati Nurul untuk maafkan aku. 

Ya Allah, ampunkan segala dosa aku, dan terimalah doa aku. Aku bimbang, andai kerana dosa aku yang banyak, ilmu-Mu yang kian berdebu, doaku.. permintaanku.. tidak sampai kepadaMu. Aku bermohon dnegan penuh rasa malu dan rendah diri. Tiada tempat lain lagi untuk aku meminta dan bermohon selain Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Maha Mengasihani. Ya Allah, lembutkanlah hati aku untuk redha, syukur dan sabar. Ampunkanlah aku Ya Allah. Kuatkanlah aku Ya Allah. Aku banyak dosa. Aku kotor dengan dosa.

Moga setiap yang berlaku ada hikmahnya. Moga setiap pengajaran membantu aku untuk meneruskan kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang terjadi. InshaAllah. Aamiin.


“Sayang, meski kau gah mengatakan kau mampu menghadam segala kepahitan dan keperitan yang terhasil dari sebuah kejujuran. Hatimu ada batasnya, hatimu tidak selamanya gagah. Hati itu sifatnya lembut. Bersederhanalah dalam memberi dan menerima. Bersederhanalah”. -Syifaa'-

No comments:

Post a Comment