Friday, 17 March 2017

Berikan Aku Kekuatan yang Utuh

Tiada daya mahu ku fikir apa-apa. Minda ini terawang-awang mengingatkan kerja yang tertangguh, dan tanggungjawab yang diberi. Sedangkan baru beberapa jam yang lalu aku cuba menenangkan hati,"InshaAllah, Allah bagi aku tanggungjawab ini kerana Dia Tahu bahawa aku MAMPU." Aku cuba untuk meyakinkan hati ini, tetapi sebaik sahaja pulang ke rumah hal lain pula yang jadi.

Allahu.. Tika ini aku ingin pergi sejauh yang aku mampu, dan menghamburkan segala esak tangis. Namun, hingga ke saat ini aku masih mampu menahan walau setitis air mata. Allah, tabahkanlah aku. Ingin sekali aku bersandar melepas lelah, tapi di bahu siapa? Bukanlah aku mahu membebani sesiapa, tetapi hanya beberapa minit, masih tidak bisa kah?

Mungkin Engkau mahu aku bergantung hanya pada Engkau. Maka bantulah aku untuk yakin bahawa Engkau sentiasa di sisi, dekat daripada perkiraanku yang serba kurang pengetahuannya.

Kuatkanlah aku, aku mohon.

No comments:

Post a Comment