Keluarga aku bukanlah keluarga yang berada. Bukan juga keluarga yang susah. Sederhana. Alhamdulillah, rezeki yang Allah beri cukup untuk meneruskan kehidupan setiap hari. Bila beli baju, blouse, kain pasang until la pakaian yang sekecil-kecil pakaian, kami beli asal sedap pakai dan harga yang mampu milik. Since kecil lagi, kalau masuk mall pun, kaki memasing xkan melangkah masuk ke mana2 kedai baju, sbb ayah kata, ayah x mampu. Kami patuh. Memang kami x masuk. Cumanya bila masing-masing dah besar. Follow kawan-kawan masuk kedai2 pakaian yang selama ini kami tak pernah masuk, kami survey harga. Kami nilai sendiri. Beli guna duit yang kami simpan. Berbanding adik aku, kebiasaannya memang aku tak beli, satu sbb mahal, dua sbb xde saiz aku.
Pernah sekali waktu semester 2 ke 3 im not sure. Pergilah kedai pakaian mampu milik ni kat deretan kedai2 tepi jalan. aku sorang je yg excited nak pergi haha. Aku persuade2 akhirnya masuk gak kedai tu. One of my friend said, "Weh, first tyme aku masuk kedai baju yang tepi jalan macam ni weh!". Well, im a little bit surprised. Another one of my friend also cakap benda yang sama. Akhirnya, one of them yang first time masuk tu beli blouse sehelai.
Today, aku masuk satu kedai bundle ni. Memang betul2 nampak sangat macam jual barangan terpakai, dengan tak tersusunnya barang-barang dia. Aku rasa kedai dia macam serabut sangat. Aku perhati setiap ruang kedai dia, until aku terperasan seorang remaja lelaki ni, macam seorang pelajar sekolah menengah macam tu, dengan teliti pilih2 baju bundle. Apa yang aku lihat, dia tengah pilih baju kanak-kanak.
'Mungkin tengah pilih baju adik dia kot. Mungkin dia orang yang kurang berkemampuan.' Bisik aku sendirian.
Suddenly, aku rasa sebak. Aku teringat balik, sejak kecil dekat mana aku selalu beli baju. Ya, tidak semua orang senang. Tidak semua orang dapat beli baju ada brand. Walaupun kedai ni, barang2 tunggang langgang, at least barang-barang nilah, mungkin allow a few people to buy a new clothes, new stuff even though its bundle and barang terpakai.
Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada. Moga Allah hadirkan rezeki yang baik-baik sahaja buat kita semua. InshaAllah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment