Wednesday, 15 February 2017

Dorayaki

Aku mulai bancuhan dengan memukul telur dan gula sambil menjeling membaca serta meneliti bahan-bahan dan langkah seterusnya. Ya, resepi mudah sahaja tetapi keyakinan aku sedikit hilang apabila semalam aku huat churros tak jadi. Seriously, i hampa!

Hati-hati bancuhan dorayaki aku bentukkan bulat atas kuali leper/ pan di atas dapur. Again, im a little bit kecewa.. why? Sebab bentuknya semua tak sama. Ada kecil sedikit. Besar sedikit. Dorayaki kan berpasang-pasangan. Tak cantiklah kalau ada yang terkecil ada yang terbesar. Macam manalah resepi yang aku usha kat google tu, elok saja dorayaki kakak tu.

"Takpelah. Tak kisah pun tak sama saiz. Buat jer..". Ibu masih dengan dorongannya. Baiklah. Dah alang-alang buat. Teruskan sajalahkan.

Yang masih di atas dapur, atas dapur. Yang dah siap tapi bentuk tak cantik, tetaplah dengan bentuk tak cantik tu. Hmm. Pelahan-lahan aku sapu kaya di permukaan dorayaki. Bentuk masing-masing aku teliti sebaiknya. Apa yang mengagumkan aku, setiap satu kepingan dorayaki aku ada saja pasangannya. Walaupun bentuk tidaklah berapa serupa, tetapi masih ada padanan masing-masing.

Aku tersenyum sendiri. Sebak. Allahu. Rasanya tidak perlu aku ulas panjang.  Dorayaki dan Jodoh tiada bezanya. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya. Not to forget, kelebihan si dia menyempurnakan kekurangan si dia pula. Same goes to my Dorayaki. I love you just the way you are. No matter what kind of shape. ��

No comments:

Post a Comment