Thursday, 23 March 2017

Rezeki Pagi Jumaat.

Alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat. Aku melihat sejenak di sekeliling ruang pejabat. Staf mula berkumpul di meja-meja rakan, makan sama-sama. Berkongsi cerita dan kerisauan, serta saling mengambil berat. Opps! Mereka ambil kesempatan di waktu bekerja? Nope honey, pada aku tidak, sebaliknya mereka mewujudkan suatu suasana yang selesa antara satu sama lain. When it is time to work, they will focus doing and proceed with their work.

Mengingatkan aku pada cerita Ustaz CTU sewaktu aku di semester 5. Dia menceritakan bahawa nelayan Melayu dahulu selalu dipandang sebagai seorang yang pemalas oleh orang-orang Inggeris. Kenapa? Kerana pada waktu mereka tidak ke laut, mereka akan minum kopi di warung-warung. Kelihatan seolah-olah mereka duk relax gitu, kan? Kata ustaz mereka bukanlah pemalas, tetapi itulah cara Melayu mengadakan perbincangan yang berisi, bukan gossip tidak berasas seperti yang ada dalam pandangan serta minda kita. Nelayan pergi ke laut pada waktu-waktu yang sesuai mengikut keadaan laut, jika laut bergelora atau tidak aman, masakan selamat untuk mereka mendapatkan hasil tangkapan, semestinya tidak. Itulah masa untuk mereka berehat di rumah, membaiki jala, dan minum minam di warung. Ingin saya tegaskan, mereka bukan pemalas, tetapi itulah cara mereka mengadakan diskusi.

Aku sendiri mempunyai satu pandangan terhadap staf-staf di university atau pejabat. “Mesyuarat tak seberapa, makan saja lebih.” Yes itu pandangan aku dulu, tapi sekarang tidak lagi. Menjamu makan seluruh rakan pejabat, bukankah itu mengeratkan silaturrahim? Juga berkongsi rezeki yang Allah beri. Rasa syukur. Di saat kita rasa bersyukur, kita gembira dengan apa yang kita dapat dan kegembiraan itu kita mahu kongsi bersama. Subhanallah.

InshaAllah, di hari Jumaat yang mulia serta berkat ini, moga dilimpahkan rezeki yang berkat kepada semua. Semoga setiap staf-staf dipermudahkan urusan dan saat tiba dirumah, senang hati dengan pencarian rezeki hasil usaha masing-masing, sebelum tiba waktu pulang kita kepadaNya InshaAllah, Aamiin.

No comments:

Post a Comment