Aku tahu aku demam bukan kerana antibodi aku lemah dan sebagainya, tetapi kerana hati aku, hati aku yang bermasalah. Jiwa aku tidak tenteram. Dan aku juga tahu, walau bagaimana aku menjerit sekuat hati meminta tolong insan lain supaya membawa aku kepada DIA.. tetapi jika aku sendiri tidak berusaha ke arahNYA aku tidak akan kemana-mana. Sebenarnya sudah banyak kali aku berputus asa, untuk melangkah keseorangan kepadaNYA, kerna aku merasakan seolah-olah aku tidak mampu. Tidak mampu untuk bertatih sendiri. Kini, sejak malam semalam aku menangis semahunya, tiada suara, tiada esak tangis, tetapi air mataku mengalir tanpa henti. Jiwa aku benar-benar tidak tenang. Aku fed-up dan aku tidak tahu mahu berbuat apa lagi.
Aku mahu jiwa aku sedar, bahwa aku tidak akan tenang melainkan aku kembali pada DIA. Jika rasa memberontak ini aku layankan, nescaya aku akan makin jauh dari DIA. Ya Allah, bantulah aku untuk bersihkan hati ini. Bantulah aku. Andai hati ini sudah tidak mampu untuk dibersihkan lagi, kau berikanlah aku hati yang baru. Aku tidak mahu lagi fikir apa yang aku tidak ada, apa yang aku tidak dapat, yang aku mahu hanyalah hatibyang bersyukur pada setiap saat. Bersyukur dengan apa yang ada. Sabarkanlah aku, untuk terus berada di jalanMU. ENGKAU tidak akan mungkir janji. ENGKAU sentiasa di sisiku. Peluklah hatiku. Aku amat lemah tika ini. Aamiin.
No comments:
Post a Comment